Nabi Harun a.s telah diminta oleh Nabi Musa a.s pada Allah
S.W.T dalam membantu memperkembangkan agama Allah.
Nabi Harun fasih berbicara
Harun
bin Imran bin Qahits bin Lawi bin Yaakub bin Ishak bin Ibrahim. Baginda ialah
adik-beradik seibu Nabi Musa, diutuskan untuk membantu Musa memimpin Bani
Israel ke jalan yang benar.
Firman
Allah bermaksud: “Dan Kami telah menganugerahkan kepadanya sebahagian rahmat
Kami, iaitu saudaranya, Harun menjadi seorang nabi.”
Harun
dilahirkan tiga tahun sebelum Musa. Beliau yang fasih berbicara dan mempunyai
pendirian tetap sering mengikuti Musa dalam menyampaikan dakwah kepada Firaun,
Hamman dan Qarun. Nabi Musa sendiri mengakui saudaranya fasih berbicara dan
berdebat, seperti diceritakan al-Quran: “Dan saudaraku Harun, dia lebih fasih
lidahnya daripadaku, maka utuslah dia bersamaku sebagai pembantuku untuk
membenarkan (perkataan) ku, sesungguhnya aku khuatir mereka akan berdusta.”
Sepanjang peninggalan Nabi Musa untuk bermunajat di Thur Sina, Harun juga
diberikan amanah untuk mengawasi dan memimpin penduduk Bani Israel daripada
melakukan kemungkaran, apa lagi menyekutukan Allah dengan benda lain. Musa
berkata kepada Harun: “Gantikanlah aku dalam (memimpin) kaumku dan perbaikilah,
jangan kamu mengikuti jalan orang yang melakukan kerosakan.”
Bagaimanapun,
sepanjang pemergian Musa ke Thur Sina, berlaku ujian terhadap Bani Israel.
Sebilangan mereka menyekutukan Allah dengan menyembah anak lembu yang diperbuat
daripada emas oleh Samiri. Mereka menyembah patung lembu itu selepas terpedaya
dengan tipu helah Samiri yang menjadikannya sehingga boleh bercakap. Harun
sudah mengingatkan mereka kelakuan itu adalah dosa besar, namun segala nasihat
dan amaran berkenaan tidak dipedulikan.
Selepas
bermunajat selama 40 hari, Musa kembali kepada kaumnya dan sungguh terkejut
dengan perbuatan menyembah patung lembu itu. Musa bukan saja
marah kepada kaumnya, malah Harun sendiri turut ditarik kepala dan janggutnya.
Musa bertanya kepada Harun: “Wahai Harun, apa yang menghalangi engkau daripada
mencegah mereka ketika engkau melihat mereka sesat? Apakah engkau tidak
mengikut aku atau engkau menderhakai perintahku?”. Harun berkata: “Wahai anak
ibuku, janganlah engkau renggut janggutku dan janganlah engkau tarik kepalaku,
sesungguhnya aku takut engkau akan berkata, “engkau adakan perpecahan dalam
Bani Israel dan engkau tidak pelihara perkataanku.” Kemudian Musa mendapatkan
Samiri, lalu berkata: “Pergilah kamu dari sini bersama pengikutmu. Patung sapi
itu yang menjadi tuhanmu akan aku bakar, kemudian aku akan hanyutkan ke dalam
laut. Kamu dan pengikutmu pasti mendapat seksa.”
Nabi
Harun hidup selama 122 tahun. Baginda wafat 11 bulan sebelum kematian Musa, di
daerah al Tiih, iaitu sebelum Bani Israel memasuki Palestin. Mengenai Bani Israel, mereka memang
degil, banyak soal dan sukar dipimpin, namun dengan kesabaran Musa dan Harun,
mereka dapat dipimpin supaya mengikuti syariat Allah, seperti terkandung dalam
Taurat ketika itu.
Selepas
Harun dan Musa meninggal dunia, Bani Israel dipimpin oleh Yusya’ bin Nun.
Namun, selepas Yusya’ mati, lama-kelamaan sebilangan besar mereka meninggalkan
syariat yang terkandung dalam Taurat. Malah, ada kalangan
mereka yang mengubah hukum di dalam kitab berkenaan, sehingga menimbulkan
perselisihan dan perbezaan pendapat, akhirnya menyebabkan perpecahan Bani
Israel.
0 komentar:
Posting Komentar